Suasana di sekitar ibu kota hari ini kelihatan lengang susulan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 bagi mengekang penularan COVID-19.
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam kenyataannya berkata, kerajaan akan melaksanakan penutupan penuh sektor sosial dan ekonomi ataupun 'total lockdown' fasa pertama di seluruh negara bagi tempoh 14 hari bermula 1 Jun hingga 14 Jun ini. - Foto Bernama