Strain hibrid baharu Covid-19 dikesan di Vietnam

Iklan
Vietnam mengesan strain hibrid baharu Covid-19 dari varian yang pertama kali dikenal pasti di Britain dan India. - Gambar hiasan

HANOI - Vietnam telah mengesan strain hibrid baharu Covid-19 dari varian yang pertama kali dikenal pasti di Britain dan India, menurut Agensi Berita Xinhua memetik media tempatan VnExpress pada Sabtu.

Menurut Menteri Kesihatan, Nguyen Thanh Long, strain hibrid itu merebak lebih cepat di udara dan pihaknya akan mengumumkan strain baharu itu di peta gen dunia.

Iklan
Iklan

Buat masa ini dua strain mutasi yang pertama kali dikenal pasti di Britain dan India merupakan varian paling biasa dikesan membabitkan kes baharu Covid-19 ketika Vietnam menghadapi gelombang jangkitan. - Bernama