Guardiola pertahan pemilihan pemain

Iklan
Pep Guardiola

BIAPRUN dikritik selepas Manchester City tewas 0-1 kepada Chelsea pada aksi final Liga Juara-Juara pada awal pagi Ahad, pengendali City, Pep Guardiola tetap mempertahankan kesebelasan pemain yang diturunkannya pada aksi final berkenaan.

Menurut Guardiola, dia sudah melakukan pilihan terbaik dengan menurunkan pemain-pemain yang disifatkannya mampu menghasilkan kejayaan pada perlawanan berkenaan.

Iklan
Iklan

"Saya rasa telah buat pilihan terbaik untuk memilih pemain-pemain yang beraksi kali ini, namun dalam perlawanan seperti ini kita memang memerlukan semua pemain terbaik untuk beraksi.

"Apa pun, perlawanan sudah pun berakhir dan cita-cita kami selepas ini adalah dengan melakukan persiapan untuk musim depan.

Iklan

"Lagi pun, ini adalah kali pertama kami berada pada tahap seperti ini dan semoga kami akan kembali lagi pada situasi (final Liga Juara-Juara) seperti ini pada musim hadapan,” katanya.

City tewas 0-1 kepada Chelsea pada aksi final Liga Juara-Juara awal pagi tadi apabila bintang muda Jerman, Kai Harvertz menjaringkan gol tunggal perlawanan pada minit ke-42.

Iklan
Pemain Manchester City kecewa setelah tewas 0-1 kepada Chelsea pada aksi final Liga Juara-Juara awal pagi tadi.

Kekalahan itu turut mengulangi kekalahan 0-1 City kepada Chelsea pada aksi separuh akhir Piala FA 18 April lalu hasil jaringan Hakim Ziyech.

Sementara itu, Guardiola menyifatkan saingan musim 2020/21 sebagai saingan yang cukup luar biasa bagi skuad The Citizens.

Katanya, selain muncul juara Liga Perdana Inggeris (EPL), Juara Piala Liga, skuad kendaliannya itu juga berjaya mara ke separuh akhir saingan Piala FA.

"Musim ini agak luar biasa bagi kami. Mengenai aksi final Liga Juara-Juara, ia memang satu perlawanan yang sengit.

"Kami memiliki peluang (gol), kami beraksi baik pada separuh masa kedua, berani tetapi tetap gagal menjaringkan gol pada perlawanan kali ini,” katanya.