Liverpool tidak perlukan Kane

Iklan
Harry Kane

LIVERPOOL tidak perlu membazirkan wang untuk mendapatkan bintang sensasi Tottenham Hotspur, Harry Kane.

Nasihat itu disuarakan legenda Liverpool, John Barnes yang percaya The Reds tidak memerlukan pemain baharu di jentera serangan sebaliknya perlu memperkukuhkan bahagian tengah pasukan itu.

Iklan
Iklan

"Liverpool tidak memerlukan penyerang pada musim panas ini kerana mereka sudah mempunyai pemain yang boleh menjaringkan gol yang banyak dalam satu-satu musim.

"Semua orang mahukan Harry Kane jika Spurs mahu menjual pemainnya itu, tetapi bukan Liverpool. Pasukan itu juga sudah mempunyai Diogo Jota yang boleh bermain di bahagian depan.

Iklan

"Mereka hanya perlu menandatangani penyerang baharu jika mereka kehilangan salah satu penyerang yang ada. Jangan lupa, pasukan juga ada Divock Origi, jadi ramai penyerang yang boleh berada di skuad utama pasukan," katanya.

Sebelum ini, banyak pihak yang mahu pengurusan pasukan memberikan nafas baharu kepada jentera serangan Liverpool selepas trio utama iaitu Sadio Mane, Roberto Firmino dan Mohamed Salah mula menampilkan persembahan kurang konsisten.

Iklan

Namun, untuk mendapatkan Kane bukanlah perkara mudah dan sesebuah pasukan itu juga perlu membelanjakan wang yang banyak sesuai dengan status pemain kelahiran England itu sebagai peledak berbisa di dunia pada ketika ini.

Dalam pada itu, Barnes menyifatkan dana yang banyak itu boleh digunakan Liverpool memperkuatkan pasukan terutama di posisi yang lebih kritikal.

"Sekarang ini ada kemungkinan pemain tengah, Xherdan Shaqiri atau Alex Oxlade-Chamberlain akan meninggalkan pasukan selepas Gerginio Wijnaldum telah ke Barcelona.

"Jadi, mereka perlu mencari pemain yang sebagus pemain tersebut untuk mengisi kekosongan pasukan," katanya.