Seorang penghuni rentung

Iklan
Anggota bomba mengeluarkan mayat mangsa.

BERA - Seorang penghuni ditemui rentung dalam kebakaran melibatkan dua rumah di Kampung Baru Triang, Bera, malam tadi.

Mayat mangsa ditemui dalam keadaan dihempap almari dalam sebuah bilik salah sebuah rumah yang terlibat selepas api berjaya dipadamkan.

Iklan
Iklan

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Nor Hisham Mohammad berkata,kebakaran yang berlaku jam 10.47 malam itu disedari anggota Balai Bomba dan Penyelamat Triang sebelum lima anggota bersama sebuah jentera ke lokasi untuk memadam api.

Menurutnya, ketika pihaknya tiba, api sudah marak memusnahkan dua rumah terlibat dan dimaklumkan ada dua mangsa terperangkap.

Iklan

"Kerja-kerja pemadaman berdepan kesukaran ekoran tekanan air rendah dan bekalan elektrik tidak dapat diputuskan namun api berjaya dipadamkan sepenuhnya sejam kemudian.

"Hasil pemeriksaan dilakukan, hanya satu mangsa ditemui rentung manakala sembilan penghuni termasuk seorang yang dikatakan turut terperangkap lagi berjaya menyelamatkan diri,"katanya.

Iklan

Nor Hisham berkata, mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya.

"Dalam operasi pemadaman kebakaran ini melibatkan 19 anggota dari Balai Triang, 10 anggota Pasukan Bomba Sukarela Kemayan dan sembilan anggota dari Balai Bukit Angin, Temerloh bersama tiga jentera.

"Punca kebakaran masih dalam siasatan manakala anggaran awal kerugian kira-kira RM200,000,"katanya.