LABUAN - Seramai 331 individu yang merupakan kontak rapat pesakit Covid-19 berada di tiga pusat kuarantin di sini setakat Ahad, kata Pengarah Kesihatan, Labuan Dr Ismuni Bohari.
Beliau berkata, daripada jumlah itu, seramai 163 orang ditempatkan di pusat kuarantin berisiko rendah di Dewan Serbaguna Perbadanan Labuan dengan separuh daripada mereka merupakan wanita dan beberapa kanak-kanak.