Kenapa masih nak simpan Iswardy Morni?

Iklan
Wan Saiful Wan Jan

SHAH ALAM - Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mempersoalkan tindakan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang masih tidak memecat Pengerusi Pro-Keadilan Sarawak, Iswardy Morni selepas didakwa melemparkan kenyataan berbaur hasutan dan menghina Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Ketua Penerangannya, Datuk Wan Saiful Wan Jan mendakwa, rakaman video Iswardy itu jelas menunjukkan beliau menghina Yang di-Pertuan Agong malah PKR turut mengesahkan perkara itu bukan pertama kali berlaku.

Iklan
Iklan

"Apa lagi bukti yang diperlukan? Atau adakah pimpinan atasan PKR sengaja memberi ruang kepada Iswardy membangkitkan sentimen rakyat terhadap institusi Yang di-Pertuan Agong?” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Pada Ahad, Sinar Harian melaporkan polis menahan Iswardy Morni bagi membantu siasatan berhubung dakwaan berbaur hasutan dan menghina Yang di-Pertuan Agong menerusi video secara langsung di laman YouTube.

Iklan

ARTIKEL BERKAITAN: Kenyataan Iswardy tidak wakili pendirian PKR

Pemangku Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Dev Kumar berkata, Iswardy ditahan di rumahnya di Kajang kira-kira jam 11 malam Sabtu.

Iklan

Menurut Wan Saiful, PKR perlu menunjukkan bukti rasmi jika benar Iswardy sudah diberi amaran dan bukan hanya dihantar melalui WhatsApp semata-mata.

Mengulas lanjut, Wan Saiful berkata, pemimpin PKR sudah beberapa kali membela mereka yang menghina institusi Raja-Raja Melayu secara terbuka.