1,029,208 individu lengkap dua dos vaksin Covid-19

Iklan
Seramai 1,822,340 individu telah menerima dos pertama suntikan vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan setakat Sabtu. - Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Seramai 1,029,208 individu telah melengkapkan dua dos vaksin Covid-19 di negara setakat Sabtu, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba.

Dr Adham menerusi akaun Twitternya pada Ahad berkata, seramai 1,822,340 individu telah menerima dos pertama, menjadikan jumlah keseluruhan pemberian dos pertama dan kedua di negara ini sebanyak 2,851,548 setakat semalam.

Iklan
Iklan

Dr Adham berkata, lima negeri yang telah melengkapkan kedua-dua dos tertinggi ialah Selangor dengan 139,317 dos diikuti Sarawak (102,788 ), Kuala Lumpur (94,397), Perak (94,214) dan Johor (88,252).

Setakat semalam, 49.3 peratus atau 11,959,419 individu mendaftar untuk menerima suntikan vaksin dengan Selangor mencatatkan jumlah pendaftaran tertinggi iaitu 3,200,924 orang.

Iklan

Mengikut perancangan program imunisasi itu, tempoh pelaksanaan fasa pertama pemberian vaksin yang bermula Februari hingga April lepas melibatkan 500,000 anggota barisan hadapan termasuk petugas kesihatan.

Fasa kedua bermula April hingga Ogos ini pula membabitkan 9.4 juta warga emas, kumpulan rentan dan Orang Kurang Upaya manakala fasa ketiga yang dijadual pada Mei tahun ini hingga Februari 2022, melibatkan individu 18 tahun dan ke atas, warganegara dan bukan warganegara, dengan sasaran 13.7 juta orang atau lebih.- Bernama

Iklan