Amanah, DAP Perak ucap takziah pemergian Harussani

Iklan
Allahyarham Tan Sri Dr Harussani Zakaria

IPOH - Parti Amanah Negara (Amanah) Perak menzahirkan rasa hiba dan sedih atas berita pemergian Mufti Perak, Tan Sri Dr Harussani Zakaria pada Ahad.

Pengerusi Amanah Perak, Datuk Asmuni Awi berkata, pemergian Allahyarham merupakan satu kehilangan besar kepada negara khususnya warga Perak.

Iklan
Iklan

Menurutnya, sebagai seorang tokoh yang telah banyak menabur bakti dalam institusi agama di negeri ini, sudah pasti Harussani akan dirindui dan jasa sepanjang hayatnya akan diingati.

"Mewakili seluruh keluarga besar Amanah Perak, salam takziah buat keluarga Allahyarham Tan Sri Dr Harussani Zakaria.

Iklan

"Kami mendoakan semoga Almarhum ditempatkan bersama orang-orang yang soleh," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

ARTIKEL BERKAITAN: Mufti Perak meninggal dunia

Iklan

Dalam pada itu, DAP Perak turut merakamkan ucapan takziah di atas pemergian Harussani.

Naib Pengerusi DAP Perak, Dr Abdul Aziz Bari berkata, pihaknya berharap keluarga Allahyarham tenang dan sabar menghadapi ujian tersebut serta diberi kekuatan untuk mengharungi kesulitan dalam keadaan wabak Covid-19 yang masih belum reda.

Harussani, 82, meninggal dunia di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini.

Timbalan Mufti Perak, Datuk Zamri Hashim yang mengesahkan perkara itu memaklumkan Allahyarham disahkan meninggal dunia pada jam 2.45 petang pada Ahad.