Tiga gajah liar ditangkap

Iklan
Tiga ekor gajah liar yang ditangkap Perhilitan Johor di Batu 43 Kampung Pinggir Simpang Renggam pada Ahad.

KLUANG - Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Johor menangkap tiga ekor gajah liar menerusi operasi tangkapan gajah di Batu 43 Kampung Pinggir, Simpang Renggam di sini pada Ahad.

Pengarahnya, Salman Saaban berkata, tangkapan tiga gajah jantan itu dibuat susulan aduan orang awam mengenai kumpulan gajah berkenaan berada di dalam kebun berhampiran dengan Hentian Sebelah Simpang Renggam.

Iklan
Iklan

Katanya, lapan anggota unit tangkapan gajah Perhilitan Johor terlibat dalam operasi tersebut.

"Tiga ekor gajah ini merupakan sebahagian daripada kumpulan gajah ID Tenggara yang sesat sejak seminggu yang lepas.

Iklan

"Kawasan konflik gajah di sekitar Kampung Sri Timur, Felda Kahang Barat/Timur, Taman Sri Impian, Mardi Kluang, Ladang Sungai Kahang, Ladang Ulu Remis, Ladang Renggam, Felda Layang-layang, Kampung Bukit Nyamuk, Kampung Bukit Kenangan dan kawasan sekitarnya," katanya menerusi kenyataan pada Ahad.

Menurut Salman, Perhilitan Johor akan menjalankan pemantauan ke atas gajah-gajah tersebut sehingga dipindahkan ke habitat baharu.

Iklan