Penyokong dah duga Perak tewas

Iklan

"KEKALAHAN yang telah diduga,” Itu reaksi Penasihat Silverstate Supporters Fan Club (SSFC) Redzuan Alias terhadap kekalahan 1-5 Perak kepada kelab Korea Selatan Ulsan Hyundai pada aksi pusingan kelayakan ketiga Liga Juara-Juara Asia (ACL) di Stadium Ulsan Munsu, 19 Februari lalu.

Katanya, kekalahan berkenaan jelas menggambarkan tahap sebenar skuad The Bos Gaurus yang dilihat berbeza berbanding lawan.

Iklan
Iklan

Malah menurutnya, aksi 19 Februari lalu itu jelas menunjukkan tahap sebenar Perak yang dilihat masih jauh untuk menandingi Ulsan Hyundai.

"Masih jauh untuk Perak menandingi kelab seperti Ulsan Hyundai. Sebagai contoh, pemain import mereka dilihat cukup mudah mengatasi gawang kita berbanding import-import kita.

Iklan

"Bagaimanapun, peminat berpuas hati dengan aksi daripada pemain-pemain tempatan Perak yang dilihat telah beraksi sebaik mungkin pada perlawanan berkenaan,” katanya kepada Sinar Harian.

Dalam pada itu Redzuan berkata, Perak perlu menilai semula pemain-pemain import sedia ada menjelang musim perpindahan April depan.

Iklan

Katanya, sesuatu perlu dilakukan demi memastikan pemain-pemain import yang dibawa masuk selepas ini benar-benar berbaloi untuk pasukan.

"Kita perlu sedar untuk memasuki saingan di peringkat tertinggi, kita perlu upgrade kesebelasan pemain pasukan kita termasuk pemain-pemain import.

"Kita perlu sedar, untuk memasuki peringkat lebih tinggi, kita perlu upgrade pemain import yang sepatutnya kita bawa ke pertandingan besar untuk masa akan datang.

"Apa-apa pun, tahniah kepada barisan pemain The Bos Gaurus,” katanya.