PUTRAJAYA - Surat kebenaran perjalanan untuk bekerja yang dikeluarkan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) akan terbatal mulai 1 Jun ini serentak dengan hari pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sepenuhnya (total lockdown).
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, semua pekerja di sektor perkhidmatan yang dibenarkan bekerja, sebaliknya, perlu mendapatkan surat kebenaran baharu dari kementerian berkaitan.