Lelaki Myanmar maut disambar petir

Iklan
Seorang lelaki warga Myanmar maut disambar petir depan Flat Akasia, Taman Desa Cemerlang, Johor Bahru pada Ahad.

JOHOR BAHRU - Seorang lelaki warga Myanmar maut disambar petir dalam kejadian di hadapan Flat Akasia, Taman Desa Cemerlang di sini pada Ahad.

Mangsa yang berusia 39 tahun ditemui terbaring di tepi jalan sebelum orang awam menghubungi bomba pada jam 5.05 petang.

Iklan
Iklan

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Johor Jaya, Penguasa Bomba Kanan II Shafie Mohd Don berkata, lapan anggota, sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) serta satu Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dikejarkan ke lokasi kejadian.

"Bagaimanapun mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan yang hadir.

Iklan

"Mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut. Operasi tamat pada jam 5.35 petang," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Iklan