Macau Scam: Mangsa diminta tampil kongsi pengalaman

Iklan
Teck Boon

MUAR - Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) Muar mengadakan kempen bagi memberi pendedahan lebih jelas berkaitan penipuan Macau Scam.

Pengerusinya, Chua Teck Boon berkata, program Kempen Pencegahan Jenayah Macau Scam mengetengahkan beberapa perkara antaranya taklimat, langkah mencegah termasuk pengalaman daripada mangsa.

Iklan
Iklan

"Perbincangan akan disertai pegawai dari Bahagian Siasatan Jenayah Komersial, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar dan Naib Pengerusi Kanan MCPF, Tan Sri Lee Lam Thye.

"Kita ajak seberapa ramai pengunjung untuk memeriahkan kempen yang diadakan di pekarangan Restoran Pizza Hut, Jalan Bakri pada Sabtu ini bermula 8.30 pagi sehingga 10.30 pagi,” katanya ketika ditemui.

Iklan

Menurutnya, inisiatif menganjurkan kempen ini adalah kerana melihat penipuan Macau Scam semakin membimbangkan.

Katanya, pelbagai slot disediakan selain mengalu-alukan kehadiran individu yang pernah menjadi mangsa penipuan Macau Scam.

Iklan

"Kita juga ajak orang ramai khususnya kepada mereka yang pernah menjadi mangsa sindiket ini untuk tampil berkongsi pengalaman mahupun mengajukan pertanyaan.

"Penglibatan pelbagai pihak dapat menjayakan acara ini dan lebih penting beri kesedaran serta sikap berhati-hati di kalangan orang ramai terutama suri rumah yang dilihat lebih cenderung terjerumus,” katanya.