Percepat pemberian vaksin kepada pengamal media

Iklan
Datuk Wan Saiful Wan Jan

SHAH ALAM - Proses pemberian vaksin Covid-19 kepada pengamal media perlu dipercepatkan supaya mereka dapat menjalankan tugas dengan lebih yakin.

Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu (Bersatu) Malaysia, Datuk Wan Saiful Wan Jan berkata, ramai wartawan 'meredah' pandemik Covid-19 untuk mendapatkan berita tepat supaya dapat dilaporkan kepada masyarakat.

Iklan
Iklan

"Jasa wartawan menyampaikan informasi terkini kepada rakyat memang tidak dapat dinafikan.

"Tanpa wartawan, mustahil berita dan maklumat penting akan dapat disebarluaskan ke seluruh negara dengan cepat dan pantas, termasuk mengenai wabak yang sedang melanda,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Iklan

Pada Selasa, seramai 5,867 petugas media daripada 144 agensi media berdaftar di seluruh negara bakal menerima suntikan vaksin Covid-19 dalam masa terdekat.

Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, keputusan itu dibuat Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (CITF) bagi mengutamakan barisan hadapan termasuk guru dan pengamal media.

Iklan

Dalam pada itu, beliau berkata, kewajaran pengiktirafan dan penghargaan perlu diberikan kepada pengamal media dengan meletakkan mereka sebagai petugas barisan hadapan.