‘Hentikan cengkaman orang politik dalam Mara’

Iklan
Gambar kecil: Norman Fernandez

SHAH ALAM - Dakwaan orang politik menguasai Majlis Amanah Rakyat (Mara) perlu diberi perhatian dan ditangani segera oleh kerajaan bagi memastikan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) itu berada di landasan betul.

Ini kerana, selaku agensi terbesar milik kerajaan, Mara perlu bebas daripada cengkaman orang politik yang kebiasaannya memiliki agenda tersendiri.

Iklan
Iklan

Peguam Norman Fernandez berkata, beliau secara peribadi tidak bersetuju ahli politik dilantik memegang jawatan dalam GLC khususnya Mara.

"Saya memang tidak setuju kerana Mara diketahui memiliki aset dan pelaburan dalam bidang yang sememangnya akan menjadi lubuk untuk membuat duit.

Iklan

ARTIKEL BERKAITAN: GLC bukan habuan orang politik

Orang politik didakwa kuasai Mara

Lantikan politik dalam GLC ibarat satu bentuk rasuah

Ahli lembaga pengarah GLC perlu berfungsi selaras dasar syarikat


Iklan

"Kita kena faham bahawa kritikan mengatakan ahli politik yang memegang jawatan di dalam syarikat GLC akan menggunakan peluang itu untuk mendapat habuan bukan hanya berkisar kepada dakwaan semata-mata tetapi benar-benar berlaku.

"Jadi, saya rasa sudah tiba masanya kerajaan meneliti perkara itu serta budaya melantik ahli politik memegang jawatan perlu dihentikan.

"Masih ramai dalam kalangan teknokrat dan profesional Melayu yang mempunyai kelayakan dan kepakaran, sepatutnya mereka ini yang dilantik menerajui syarikat,” katanya ketika diminta mengulas laporan Sinar Ahad berhubung orang politik didakwa menguasai Mara.

Laporan muka depan Sinar Harian pada Ahad.