Lelaki ditahan cetus provokasi, halang tugas polis

Iklan
Gambar hiasan

PETALING JAYA - Seorang lelaki ditahan kerana enggan bekerjasama serta tidak berpuas hati semasa pemeriksaan dilakukan oleh polis terhadapnya di Seksyen 14 di sini pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, sepasukan anggota polis telah menjalankan pemeriksaan terhadap sekumpulan individu di kawasan tersebut pada jam 3.15 petang.

Iklan
Iklan

"Suspek berusia 23 tahun itu telah melakukan provokasi dengan mempertikaikan tugas anggota polis.

"Suspek juga merakam video kejadian tersebut serta mengugut untuk menularkannya di media sosial," katanya melalui kenyataan pada Isnin.

Iklan

Mohamad Fakhrudin berkata, suspek ditahan reman sehari bagi membantu siasatan.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas," katanya.

Iklan