Pastikan aktiviti rantaian bekalan sektor perikanan terus beroperasi

Iklan
Gambar hiasan 123RF Gambar kecil: Azrinizam Omar

IPOH - Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) serta agensi berkaitan perikanan perlu memastikan rantaian bekalan sektor perikanan dapat terus beroperasi dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan sepanjang tempoh Sekatan Pergerakan Penuh.

Setiausaha Persatuan Pendidikan dan Kebajikan Jaringan Nelayan Pantai Malaysia (Jaring), Azrilnizam Omar berkata, perkara tersebut penting bagi memastikan tiada isu lambakan hasil tangkapan tidak terjual berlaku.

Iklan
Iklan

Menurutnya, begitu juga isu peraih enggan membeli hasil tangkapan dan masalah logistik hasil laut yang berlaku semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 1.0 juga perlu ditangani oleh kementerian dan agensi bertanggungjawab.

"Kita berharap kejadian nelayan tidak dapat menjual hasil tangkapan walaupun dibenarkan ke laut seperti yang berlaku semasa peringkat awal pelaksanaan PKP 1.0 sebelum ini tidak akan berulang.

Iklan

"Justeru Jaring sekali lagi menggesa kerajaan agar menangani isu rantaian bekalan sektor perikanan ini dengan sebaiknya bagi memastikan kehidupan komuniti nelayan tidak terjejas," katanya dalam satu kenyataan akhbar pada Isnin.

Menurutnya, keadaan itu sekali gus memastikan jaminan bekalan makanan sepanjang tempoh pelaksanaan tersebut tidak terganggu kerana isu itu boleh menyebabkan kekurangan bekalan serta kenaikan harga di dalam pasaran.

Iklan

Jelas Azrilnizam, agensi berkaitan perikanan seperti Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) dan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) perlu bersama membantu memastikan rantaian bekalan sektor perikanan dapat terus beroperasi selain pendapatan nelayan tidak terjejas.

Sementara itu, beliau berkata, Jaring turut menyambut baik pelaksanaan penutupan penuh sektor sosial dan ekonomi fasa pertama di seluruh negara bagi tempoh 14 hari bermula 1 hingga 14 Jun untuk mengekang penularan wabak Covid-19.