Dua ditahan miliki rokok seludup bernilai lebih RM40,000

Iklan
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR - Polis menahan dua lelaki kerana dipercayai memiliki 465 karton rokok seludup bernilai RM47,360.80 dalam operasi Operasi Kontraban di Batu Caves, di sini pada Ahad.

Pegawai Pemerintah Batalion 4 Pasukan Gerakan Am (PGA) Semenyih, Superintendan Rizal Mohamed berkata, suspek terdiri daripada seorang warga tempatan berusia 38 tahun dan seorang warga Bangladesh berusia 59 tahun ditahan dalam operasi berkenaan di Taman Industri Spring Crest, di sini, sekitar 1 tengah hari.

Iklan
Iklan

Menurutnya, hasil pemeriksaan anggota PGA ke atas dua buah kereta yang digunakan suspek menemukan rokok seludup pelbagai jenama dengan nilai cukai sebanyak RM67,887.40.

"Ekoran itu, polis merampas dua buah kereta, wang tunai RM17,950 dan beberapa telefon bimbit dengan rampasan keseluruhan bernilai RM155, 578.20," katanya dalam kenyataan hari ini.

Iklan

Rizal berkata, pihaknya berjaya melumpuhkan sindiket pengedaran rokok seludup sekitar Lembah Klang susulan penahanan itu.

"Kesemua tahanan dan rampasan telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul untuk tindakan lanjut manakala kes disiasat mengikut Seksyen 135 (1) Akta Kastam 1967 kerana memiliki rokok seludup," katanya.

Iklan

Rizal meminta masyarakat agar memberi kerjasama dan menyalurkan maklumat kepada polis berkaitan sebarang aktiviti menyalahi undang-undang dan pada masa sama sentiasa mematuhi arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi memutuskan rantaian virus Covid 19. - Bernama