Kerajaan bakal laksanakan projek trak vaksin bergerak

Iklan
Khairy Jamaluddin

PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Sebanyak 30 unit trak bergerak akan digunakan sebagai pilot project vaksinasi Covid-19 ke kawasan pembinaan dan sekitar Program Perumahan Rakyat (PPR) Kuala Lumpur.

Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, inisiatif tersebut merupakan kerjasama dengan Kementerian Wilayah Persekutuan.

Iklan
Iklan

"Setiap trak mempunyai kapasiti 100 dos vaksin," katanya pada sidang akhbar mingguan PICK bersama Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba di sini pada Isnin.

Menurutnya, kaedah tersebut akan dimulakan dalam tempoh seminggu dari sekarang.

Iklan

"Sekiranya berjaya, ia akan diperluaskan ke negeri-negeri lain sebagai usaha mempercepatkan program imunisasi kita," katanya.

Sebelum ini, Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa mempelawa kerajaan menggunakan kemudahan pihaknya iaitu trak bergerak dan MyMedic dalam usaha merancakkan lagi PICK.

Iklan

Dianggarkan dua juta penduduk Kuala Lumpur menerima suntikan vaksin Covid-19 sepenuhnya menjelang Oktober depan.