RAMALLAH - Tentera Israel menahan 18 wartawan Palestin di penjara mereka, kata Suruhanjaya Tahanan dan Bekas Tahanan Palestin, lapor Agensi Berita Jordan (Petra).
Baru-baru ini wartawan, Zaina Halawani dan jurugambar, Wehbe Makiya turut ditahan tentera rejim itu. Kedua-duanya diserang dengan kejam dan masih ditahan dengan alasan untuk melengkapkan siasatan, kata suruhanjaya itu dalam satu kenyataan.