Isu kartel: PDRM mohon EAIC siasat

Iklan
Laporan akhbar Sinar Harian mengenai pendedahan Abdul Hamid berkenaan wujudnya gerakan dalaman daripada kalangan pegawai muda dalam PDRM yang bercita-cita untuk menjatuhkan beliau.

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah memohon Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) menyiasat dakwaan wujud kartel dalam PDRM seperti yang didakwa oleh bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador.

Ketua Polis Negara Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, pihaknya telah menghantar surat kepada EAIC untuk menjalankan siasatan segera berkaitan isu itu.

Iklan
Iklan

"Polis tidak boleh menyiasat isu kartel itu kerana ia mungkin hanya satu tohmahan yang dilemparkan ke atas pasukan keselamatan.

"Saya serius dan sedia maklum dakwaan berlaku isu kartel dalam PDRM, kita sudah menulis surat memohon EAIC menyiasat perkara ini dengan segera. Mereka sedang meneliti permohonan berkenaan," katanya dalam sidang akhbar khas di Bukit Aman di sini pada Isnin.

Iklan

Acryl Sani berkata, hanya pihak ketiga yang boleh menyiasat dan memberi keputusan.

'EAIC satu suruhanjaya bebas dan mempunyai reputasi yang baik serta berupaya mengendalikan hal ini. Kami 'Hands Off' (angkat tangan) dalam perkara ini, biar mereka (EAIC) datang dan siasat secara telus," katanya.

Iklan

Dalam program Sinar Live bersama KPN, pada Mac lalu, Abdul Hamid mendedahkan wujudnya gerakan dalaman daripada kalangan pegawai muda dalam PDRM yang bercita-cita untuk menjatuhkan beliau.

Menurutnya, gerakan tersebut juga merupakan kumpulan sama yang mendalangi kartel dalam PDRM yang berhasrat mendominasi pasukan keselamatan negara demi kepentingan mereka.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai pendedahan mengejutkan yang pernah dibuat berhubung gerakan geng kartel dalam PDRM sendiri yang mahu menguasai pasukan keselamatan itu bagi memudahkan mereka melakukan ‘kerja-kerja kotor’.

ARTIKEL BERKAITAN: [EKSKLUSIF] 'Kartel dalam PDRM cuba jatuhkan saya'

ARTIKEL BERKAITAN: Individu terlibat kuasai kartel PDRM dikenal pasti: KPN