Bekalan hasil laut dilihat masih banyak dan mencukupi sehari sebelum perlaksanaan penutupan penuh sektor sosial dan ekonomi fasa pertama di seluruh negara bagi tempoh 14 hari bermula esok hingga 14 Jun ini bagi membendung penularan wabak COVID-19 ketika tinjauan di Pasaraya St Rosyam Mart hari ini.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Alexander Nanta Linggi dalam satu kenyataan memberi jaminan bahawa, bekalan makanan keperluan di seluruh negara masih stabil dan mencukupi bagi menghadapi 'total lockdown’. Jesteru itu, orang ramai dinasihatkan untuk tidak melakukan pembelian panik dan berlebihan, bagi mengelakkan gangguan bekalan di premis-premis jualan. - Foto Bernama