JOHOR BAHRU - Seorang pemandu Perodua Axia yang dikatakan melanggar seorang penunggang motosikal dalam kejadian di Taman Kota Masai seperti tular di media sosial sudah ditahan polis pada Isnin.
Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Mohd Sohaimi Ishak berkata, pemandu lelaki berusia 27 tahun itu ditahan di rumahnya di Taman Kota Masai pada jam 5.30 petang.