Punca keruntuhan etika sesebuah organisasi

Iklan
Muka depan Sinar Harian pada Ahad. Gambar kecil: Zainal Kling

SHAH ALAM - Pelantikan ahli politik dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) boleh menyebabkan keruntuhan etika dalam sesebuah organisasi sekiranya individu terbabit tidak beretika.

Ketua Eksekutif Sekretariat Program Kongres Maruah Melayu, Profesor Emeritus Datuk Dr Zainal Kling berkata, keruntuhan etika menjadi punca sesetengah pemimpin itu kurang integriti.

Iklan
Iklan

"Pada pandangan saya, apabila pemimpin tidak mempunyai integriti, ia akan memberi impak negatif terhadap syarikat yang diterajui.

"Lebih-lebih lagi kini kita berdepan dengan sogokan datangnya daripada peniaga besar yang mahukan projek besar,” katanya kepada Sinar Harian pada Isnin.

Iklan

Mengulas lanjut mengenai lantikan ahli politik dalam GLC, kata beliau, ia sudah menjadi kebiasaan buat parti pemerintah sebagai ganjaran kepada individu yang menyokong mereka.

Bagaimanapun, katanya, ia menjadi masalah sekiranya pemerintah melantik individu yang tidak berkelayakan menerajui sesuatu syarikat itu.

Iklan

"Apabila individu yang dilantik tidak berkelayakan ia akan memberi kesan kepada kemajuan GLC itu sendiri.

"Kalau yang dilantik itu orang profesional dan mempunyai latar belakang bagus, saya rasa orang tidak akan mempersoalkan pelantikan tersebut,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Orang politik didakwa kuasai Mara

GLC bukan habuan orang politik