Dion Cools sah sertai Harimau Malaya

Iklan
Hamidin mengumumkan Dion Cools (kanan) sebagai pemain ke-26 Harimau Malaya. - Foto FB FAM

PEMAIN berdarah campuran Belgium-Malaysia, Dion Cools sah akan memperkuatkan Harimau Malaya bagi menghadapi perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada 4 Jun ini.

Perkara itu disahkan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin sekali gus menjawab segala teka teki mengenai status pemain yang sedang beraksi di kelab Denmark, FC Midtjylland itu.

Iklan
Iklan

"Alhamdulillah, pemain berdarah campuran Malaysia-Belgium, Dion Cools telah bersama pasukan di Dubai, UAE hari ini dan secara rasmi sah diumum sebagai pemain ke-26 dalam skuad Harimau Malaya.

"Ini berikutan selepas segala proses dokumentasi di peringkat FIFA dan AFC, terutamanya berhubung status kelayakannya, pendaftaran dan lain-lain telah selesai," katanya dalam satu hantaran di laman Facebook rasmi FAM pada Selasa.

Iklan

Menurut Hamidin, kehadiran Dion Cools akan memberi nilai tambah untuk memperkasakan lagi Harimau Malaya terutama dalam menghadapi tiga perlawanan getir menentang UAE, Vietnam dan Thailand.

"Harapan saya kepada seluruh rakyat Malaysia terutamanya penyokong setia Harimau Malaya, doakan pasukan kita ini untuk beroleh kejayaan," katanya.

Iklan