KUALA SELANGOR - Polis membuka kertas siasatan berhubung dakwaan seorang pemilik akaun Twitter bahawa ada anggota polis menerima suapan bagi membenarkan sebuah kilang di Bestari Jaya beroperasi dalam tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa berkata, Bahagian Integriti dan Pematuhan Standard Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Selangor akan menjalankan siasatan lanjut berhubung dakwaan berkenaan.