Jakoa agih bantuan bakul makanan bermula Sabtu

Iklan
Abdul Rahman Mohamad

PUTRAJAYA - Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) memperuntukkan RM12 juta bagi mengagihkan bantuan bakul makanan kepada 60,080 ketua isi rumah masyarakat orang asli sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata, bantuan bakul makanan itu akan diagihkan secara berperingkat bermula pada Sabtu ini.

Iklan
Iklan

Menurut beliau, bantuan itu akan diagihkan melalui tok batin di setiap kampung.

"Bantuan tersebut merupakan bekalan makanan asas bagi membantu masyarakat orang asli meneruskan kehidupan.

Iklan

"Ia merangkumi beras, minyak masak, tepung gandum, garam, gula, serbuk teh, sardin dan kicap akan diedarkan ke seluruh negara," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Abdul Rahman berkata, sesi pengagihan turut dipantau oleh Pegawai Jakoa Daerah bagi memastikan bantuan tersebut sampai kepada setiap ketua isi rumah.

Iklan

"Jakoa berharap dengan pelaksanaan bantuan ini akan membantu masyarakat orang asli yang terjejas sepanjang tempoh PKP ini sekaligus meringankan beban mereka," katanya.