Milo tawar hadiah bernilai RM550,000

Iklan
Peraduan Milo Hidup Bola yang menawarkan hadiah lumayan berjumlah lebih RM550,000.

SHAH ALAM - Milo menyemarakkan lagi musim ‘demam’ bola sepak yang melanda seluruh tanah air dengan Peraduan Milo Hidup Bola yang menawarkan hadiah lumayan berjumlah lebih RM550,000.

Hadiah tersebut termasuklah hadiah utama yang merupakan sistem teater rumah serba lengkap termasuk Sony PlayStation 5 yang menjadi rebutan ramai.

Iklan
Iklan

Pegawai Eksekutif Perniagaan Milo, Nestlé Malaysia Berhad, Ng Su Yen berkata, peraduan itu merupakan sebahagian daripada usaha Milo untuk mencetuskan kegembiraan buat penggemar setia dengan ganjaran berganda sambil mereka kekal bertenaga dengan kebaikannya ketika menyambut ketibaan musim bola sepak.

"Kami ingin memberikan penghargaan serta ganjaran kepada pengguna setia kami atas kepercayaan dan sokongan padu mereka menerusi peraduan ini. Kami amat berbesar hati dengan sambutan hangat terhadap peraduan kami pada tahun lalu sempena ulang tahun ke-70 Milo di Malaysia.

Iklan

"Lebih menariknya pada tahun ini, bukan sahaja terdapat lebih 1,000 hadiah untuk dimenangi, malah peraduan juga menawarkan hadiah harian,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Ng Su Yen

Beliau berkata, bermula 1 Jun hingga 9 Ogos 2021, pengguna di seluruh negara dialu-alukan untuk menyertai peraduan itu dan mereka hanya perlu membeli mana-mana produk Milo terpilih dengan harga serendah RM10 dalam satu resit dan kemudian menghantar penyertaan mereka melalui WhatsApp.

Iklan

"Seramai 700 rakyat Malaysia akan berpeluang memenangi hadiah harian, hadiah mingguan serta hadiah utama. Peraduan Milo Hidup Bola menerima penyertaan semua pengguna berumur 18 tahun ke atas yang menetap di Malaysia dengan dokumen pengenalan diri yang sah.

"Peruncit yang mengambil bahagian termasuk pasar mini utama, pusat beli-belah, pasar raya besar, kedai serbaneka, dan juga platform e-dagang seperti Lazada dan Shopee di seluruh Malaysia yang menyediakan resit rasmi sebagai bukti pembelian,” katanya.

Untuk menyertai peraduan ini, pengguna hanya perlu mengikuti tiga langkah mudah berikut iaitu beli produk Milo bernilai sekurang-kurangnya RM10 dalam satu resit tulis nama, nombor MyKad dan e-mel (jika ada) pada resit dan hantarkan satu gambar resit yang jelas menerusi WhatsApp ke 018-388 6332.

Tiada had ke atas jumlah penyertaan yang boleh dikirimkan oleh seseorang pengguna.