Petugas Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu yang lengkap dengan pemakaian peralatan perlindungan peribadi (PPE) menguruskan sampel ujian calitan COVID-19 penduduk di sebuah kampung di sini ketika tinjauan hari ini.
Sebanyak 21 mukim dalam daerah Kuala Terengganu dilaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) selama 14 hari sehingga 12 Jun ini susulan berlaku peningkatan kes COVID-19 yang amat ketara.
Sehingga semalam, Terengganu mencatatkan 204 kes baharu COVID-19, menjadikan kes aktif berjumlah 1,760 kes. - Foto Bernama