Johor Bahru lengang hari pertama Sekatan Pergerakan Penuh

Iklan
Keadaan laluan di hadapan Pejabat Pos Besar menuju ke pusat bandar raya Johor Bahru lengang berbanding hari biasa pada hari pertama Sekatan Pergerakan Penuh.

JOHOR BAHRU- Lengang! Itulah gambaran yang dapat diberikan terhadap keadaan bandar raya Johor Bahru pada hari pertama pelaksanaan Sekatan Pergerakan Penuh atau 'total lockdown'.

Tinjauan Sinar Harian dilakukan pada sebelah pagi mendapati bilangan kenderaan yang berada di atas jalan raya di bandar raya ini turut berkurangan.

Iklan
Iklan

Aktiviti perniagaan terutama melibatkan pusat membeli belah seperti di Jalan Wong Ah Fook dan Taman Abad masih dibuka namun hanya pasar raya dan kedai menjual makanan yang beroperasi mengikut garis panduan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Pemandu teksi, Md Talib Amin, 78, berkata, lokasi yang sentiasa menjadi tumpuan orang ramai di hadapan Pejabat Pos Besar dan Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) kelihatan sepi.

Iklan

Katanya, kebiasaannya jalan di hadapan Pejabat Pos Besar dan MBJB sentiasa dipenuhi kenderaan selain orang ramai yang berurusan di dua agensi berkenaan.

Anggota polis melakukan pemantauan di sebuah pusat beli belah di Taman Abad, Johor Bahru pada hari pertama Sekatan Pergerakan Penuh.

"Tidak pernah lengang macam ini, tiada kenderaan yang melaluinya kecuali bas awam dan beberapa lori," katanya ketika ditemui.

Iklan

Sementara itu, tinjauan di sebuah pusat beli belah di Taman Abad pula mendapati, suasana turut sunyi dan lengang.

Walaupun pasar raya dibuka, namun tidak ramai pengunjung yang datang untuk membeli barang keperluan terutama makanan berbanding pada Isnin.

Anggota polis dan pekerja pasar raya dilihat memantau kehadiran orang ramai yang berkunjung terutama dalam memastikan mereka mengimbas aplikasi MySejahtera dan mengamalkan penjarakan fizikal.