KUALA LUMPUR - Penumpang yang menggunakan perkhidmatan Transit Aliran Massa (MRT) laluan Kajang pada petang 27 Mei lepas disaran untuk menjalani ujian saringan Covid-19 susulan seorang penumpang disahkan positif wabak itu.
Prasarana dalam satu kenyataan pada Selasa memberitahu saranan Rapid KL itu dikeluarkan susulan permohonan maaf dan pengakuan penumpang tren berkenaan bernama Hanim Azman menerusi akaun Twitternya bahawa beliau positif Covid-19 ketika menaiki tren MRT pada waktu itu.