517 etnik Rohingya dipindah ke dua kem sementara

Iklan
Gambar fail PATI etnik Rohingya yang mendarat di Langkawi ditahan di Kem Bina Negara Wawasan Langkawi untuk sementara waktu. - Gambar fail.

KUALA PERLIS - Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) pada Selasa selamat memindahkan 517 orang tahanan etnik Rohingya dari kem Wawasan Negara Langkawi, Kedah ke Depot Imigresen Sementara Sungai Bakap, Pulau Pinang dan Depot Imigresen Sementara Bidor Perak.

Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, Datuk Indera Khairul Dzaimee Daud berkata, tahanan berusia dalam lingkungan 20 hingga 40 tahun yang ditahan selama setahun dua bulan bermula April tahun lepas dipindahkan atas faktor logistik dan sumber bekalan makanan.

Iklan
Iklan

"Sebab pemindahan tersebut adalah bagi penjimatan dan memudahkan urusan logistik termasuk makan dan minum tahanan,” katanya kepada pemberita di sini pada Selasa.

Indera Khairul Dzaimee berkata, kos bagi makan dan minum tahanan tersebut sebelum ini ditanggung oleh Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNHRC) sehingga pertengahan Jun.

Iklan

"Selepas Ogos UNHCR tidak lagi membiayai makan minum mereka dan JIM terpaksa memindahkan tahanan sebagai langkah penjimatan,” katanya.

Katanya, sebelum dipindahkan semua tahanan telah menjalani ujian saringan Covid-19 pada 28 Mei lepas.

Iklan

Beliau berkata, kesemua tahanan itu dibawa menaiki feri dari Langkawi pada jam 9.30 pagi dan tiba ke Kuala Perlis pada kira-kira jam 11 pagi Selasa. - Bernama