GRO sembunyi di balik langsir

Iklan
Antara wanita yang ditahan.

PETALING JAYA - Cuba melarikan diri dan menyembunyikan diri di sebalik langsir kononnya bagi elak dicekup.

Itu 'aksi' gadis pelayan pelanggan (GRO) warga asing di sebuah pub di Kelana Jaya, di sini, selepas menyedari premis tersebut digempur Bahagian Antimaksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Selangor, menerusi Ops Noda, kira-kira jam 10 malam tadi.

Iklan
Iklan

Pegawai Turus D7 Selangor, Deputi Superintendan Mohd Khaizam Ahmad Shahbudin berkata, pemeriksaan mendapati premis ini pernah diserbu sebelum ini atas kesalahan sama.

Menurutnya, seramai 16 GRO membabitkan warga Indonesia dan Thailand telah ditahan.

Iklan

"Pemeriksaan mendapati kesemua mereka memasuki negara ini dengan menggunakan pas lawatan sosial.

"Selain itu, kita turut menahan empat lelaki membabitkan penjaga dan pekerja premis. Seramai 48 pelanggan turut diperiksa sebelum proses dokumentasi," katanya kepada pemberita di lokasi serbuan.

Iklan

Mohd Khaizam berkata, pemeriksaan mendapati premis terbabit mempunyai lesen perniagaan dan lesen hiburan, namun dipercayai dikesan menggajikan GRO warga asing bagi menarik kehadiran pelanggan.

Katanya, kesemua yang ditahan berusia lingkungan 20 hingga 40-an ini telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya untuk tindakan lanjut.

"Operasi akan terus dibuat demi bagi mengekang kehadiran warga asing yang menyalahgunakan pas lawatan atau permit," katanya.