Gary Steven Robbat perkuat cabaran Melaka United

Iklan
Gary Steven Robbat akan memperkuatkan bahagian tengah Melaka United untuk baki saingan Liga-M musim ini. - Foto Facebook Melaka United FC

TONGGAK berpengalaman pendahulu Liga Super, Johor Darul Ta'zim (JDT), Gary Steven Robbat mengakui teruja menyahut cabaran baharu bersama Melaka United dalam mengharungi baki saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim ini.

Malah pemain berusia 28 tahun itu bertekad memberikan aksi terbaik kepada skuad kendalian Zainal Abidin Hassan yang kini menghuni kedudukan kesebelas liga selepas mengharungi 13 perlawanan.

Iklan
Iklan

"Saya cukup gembira kerana menjadi sebahagian keluarga besar Melaka United musim ini. Saya akan memberikan komitmen 100 peratus dalam semua perlawanan dan sudah tidak sabar lagi untuk bersama kelab ini," katanya dipetik dari laman Facebook Melaka United Football Club.

Gary Steven Robbat menyertai skuad Hang Tuah tersebut secara pinjaman.

Iklan
Iklan