45 minit tahan sakit, jari melekat pada tombol pintu

Iklan
Pasukan Bomba dan Penyelamat berusaha mengeluarkan jari mangsa yang tersekat pada tombol pintu. - Foto ihsan bomba

KUALA TERENGGANU – Seorang kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun terpaksa dikejarkan ke hospital dalam keadaan tombol pintu masih melekat pada jari telunjuk kirinya kira-kira jam 2.08 pagi Selasa.

Mangsa juga terpaksa menahan kesakitan lebih 45 minit sebelum tombol tersebut berjaya dikeluarkan oleh pasukan Bomba dan Penyelamat yang dipanggil ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).

Iklan
Iklan

Sebelum kejadian, mangsa dikatakan sedang bermain tombol pintu salah sebuah bilik tidur rumahnya di Kampung Bukit Payong, Marang lalu jarinya terlekat pada tombol itu.

Penyelia Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Kota, Faizal Abu Bakar berkata, ahli keluarga mangsa sebelum itu mengambil masa kira-kira 15 minit untuk mengeluarkan jari mangsa namun gagal sebelum membawanya ke hospital.

Iklan

"Sebaik tiba di HSNZ, kakitangan hospital cuba mengeluarkan jari mangsa namun gagal sebelum pakar perubatan hospital menghubungi pihak bomba,” katanya pada Selasa.

Menurut Faizal, empat anggota bomba bergegas ke HSNZ selepas menerima laporan dan berjaya mengeluarkan jari mangsa menggunakan peralatan khas.

Iklan

Pihaknya terpaksa mengambil masa kira-kira 30 minit membuang tombol itu berikutan besinya mempunyai dua lapisan.