Malaysia-Singapura teruskan kerjasama dalam pertahanan

Iklan
Ismail Sabri. - Foto FB Kementerian Pertahanan Malaysia

KUALA LUMPUR - Malaysia dan Singapura akan meneruskan kerjasama rapat di dalam bidang pertahanan menerusi angkatan tentera masing-masing biarpun berhadapan cabaran pandemik Covid-19 pada masa ini.

Komitmen kerjasama itu disuarakan Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semasa perbualan telefon beliau dengan rakan sejawatnya dari Singapura Dr Ng Eng Hen.

Iklan
Iklan

"Kedua-dua menteri menzahirkan komitmen mereka kepada kedua-dua angkatan tentera, terutama Angkatan Tentera Malaysia dan Angkatan Bersenjata Singapura untuk terus bekerjasama rapat biarpun berhadapan dengan cabaran situasi pandemik Covid-19 masa ini,” menurut hantaran Kementerian Pertahanan dalam laman Facebook rasminya hari ini. - Bernama

Iklan
Iklan