Kilang pembuatan plastik dikompaun ingkar SOP

Iklan
Polis mengenakan tindakan kompaun ke atas sebuah kilang di Petaling Jaya kerana ingkar SOP PKP 3.0 pada Selasa.

PETALING JAYA - Sebuah kilang pembuatan plastik di sini dikompaun kerana ingkar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 dengan beroperasi melebihi had masa ditetapkan pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhruddin Abdul Hamid berkata, kesalahan itu dikesan hasil pemeriksaan pihaknya pada jam 10.45 malam.

Iklan
Iklan

"Polis Petaling Jaya telah mengeluarkan kompaun RM10,000 terhadap penyelia kilang terbabit iaitu seorang wanita berusia 41 tahun.

"Selain itu, kompaun sebanyak RM2,000 seorang juga dikenakan terhadap lapan pekerja termasuk tujuh wanita," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Iklan

Beliau berkata, tindakan diambil di bawah Peraturan 17(2) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2021.

Tegasnya, pihaknya mengingatkan semua sektor perindustrian yang dibenarkan beroperasi untuk mematuhi garis panduan yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Iklan

"Tindakan tegas akan diambil ke atas pemilik kilang yang ingkar," katanya.