Glomac lancar Fabric Bank

Iklan
FD Idzham menyumbangkan pakaian ke Fabric Bank yang terletak di Glo Damansara, Kuala Lumpur.

SHAH ALAM - Pemaju hartanah tempatan, Glomac Berhad (Glomac) bersama pengeluar pakaian khas SaltyCustoms telah melancarkan Fabric Bank di pusat membeli-belah Glo Damansara, Kuala Lumpur pada Mei lalu.

Pengurus Kanan Jabatan Komunikasi Korporat dan Pemasaran Korporat Kumpulan Glomac, FD Idzham FD Iskandar berkata, inisiatif Fabric Bank atau bank kain ini dicetuskan oleh Kloth Malaysia Sdn Bhd.

Iklan
Iklan

"Sebaik sahaja SaltyCustoms mengajukan idea untuk meletakkan Fabric Bank di sekitar kawasan operasi utama kami, tercetus satu ilham untuk melancarkan program lestari dari Glomac untuk alam sekitar,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

FD Idzham berkata, peluang kolaboratif berkenaan adalah sebahagian daripada perancangan Glomac untuk mengembangkan lagi program kelestarian syarikat.

Iklan

"Fabric Bank tersebut adalah yang pertama daripada lima yang dirancangkan untuk diletakkan di kawasan-kawasan perbandaran pembangunan Glomac,” katanya.

Beliau berkata, Fabric Bank menerima hampir semua jenis sumbangan kain dan tekstil termasuklah baju, seluar jeans, cadar tilam dan juga patung mainan.

Iklan

"Hasil sumbangan yang dikumpulkan dari Fabric Bank akan dihantar ke pusat pengasingan pada setiap bulan,” katanya.