'Henti tular gambar mayat ayah terapung'

Iklan
Khalid (kanan) memuat naik gambar dirakam bersama arwah bapanya pada 1 Syawal lalu. - Foto Ihsan Facebook Khalid Zaidi

KUALA TERENGGANU - Keluarga lelaki yang ditemukan lemas di Sungai Bukit Datu di Kuala Nerus pada Selasa meminta orang ramai untuk berhenti menularkan gambar penemuan mangsa.

Anak mangsa, Khalid Zaidi berkata, jenazah bapanya itu selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Sheikh Ibrahim di Jalan Pusara di sini pada jam 9 malam Selasa.

Iklan
Iklan

"Urusan pengebumian arwah ayah saya telah selesai pada Selasa selepas proses pengecaman mayat dilakukan kami sekeluarga.

"Cuma saya minta orang ramai untuk padam dan tidak menularkan gambar mayat terapung di Sungai Bukit Datu semalam (Selasa) kerana ia melibatkan aib ayah saya," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Isnin.

Iklan

ARTIKEL BERKAITAN: Mayat ditemui terapung di Sungai Bukit Datu

Berita kehilangan Ahmad Zaidi Abd Rahman, 61, dari Kampung Paloh, Kuala Terengganu yang dikongsi Khalid sebelum ini tular di media sosial.

Iklan

Allahyarham dikatakan tidak pulang selepas keluar rumah pada Isnin.

Pada Selasa, penduduk setempat dikejutkan dengan penemuan satu mayat lelaki terapung di Sungai Bukit Datu di Kuala Nerus pada Selasa.

Mayat lengkap berpakaian itu ditemukan oleh orang awam yang kebetulan melalui kawasan itu pagi Selasa.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Nerus, Abdullah Zawawi Mohamed berkata, pihak bomba menerima panggilan kecemasan sekitar jam 7.45 pagi sebelum mengerahkan anggota ke lokasi kejadian.