Timbus semula lorong tikus digali polis untuk rentas negeri

Iklan
Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo (kiri) bersama anggotanya meninjau lorong tikus yang ditimbus semula individu yang degil mahu merentas daerah di Kampung Tanah Puteh. - Foto Bernama

GUA MUSANG - Satu daripada enam lorong tikus di Kampung Tanah Puteh di sini, yang digali polis untuk mengelakkan dijadikan laluan rentas negeri dan daerah dikesan telah ditimbus semula oleh individu yang degil mahu merentas daerah.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, tindakan tersebut dipercayai dilakukan individu tidak bertanggungjawab, bagi mengelak untuk melalui sekatan jalan raya (SJR) di Jalan Gua Musang-Jalan Kuala Lipis.

Iklan
Iklan

"Kita menggali lubang dan menutup lorong tikus tersebut sebelum sambutan Aidilfitri lalu, supaya semua pengguna perlu melalui pemeriksaan SJR sebagaimana yang ditetapkan kerajaan.

"Namun polis mengesan laluan tersebut ditimbus semula mereka tidak bertanggungjawab. Saya beri amaran tindakan tegas akan diambil terhadap individu yang terlibat,” katanya kepada pemberita ketika melakukan tinjauan di Kampung Tanah Puteh, di sini pada Rabu.

Iklan

Choon Foo berkata, anggotanya akan diarahkan supaya melakukan pemantauan lebih kerap di semua lorong tikus terbabit, di samping mengesan samseng jalanan yang bertindak memusnahkan sekatan atau menimbus semula laluan itu.

Sementara itu Choon Foo berkata, jumlah kenderaan yang masuk ke negeri ini menerusi Jalan Gua Musang-Kuala Lipis berkurangan, sejak sekatan pergerakan penuh yang bermula semalam (Selasa). - Bernama

Iklan