Penganggur mengaku rogol remaja bawah umur

Iklan
Tertuduh (kiri) dikawal polis keluar dari lokap Mahkamah Kota Bharu menuju ke bilik Mahkamah Sesyen Kota Bharu bagi mendengar pertuduhan yang dikenakan terhadapnya atas dakwaan merogol seorang remaja perempuan.

KOTA BHARU - Seorang penganggur mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Rabu atas pertuduhan merogol seorang remaja perempuan bawah umur pada minggu lalu.

Bagaimanapun, hukuman terhadap tertuduh, Nor Ikmal Arif Mohd Kassim, 23, ditetapkan pada 4 Julai depan.

Iklan
Iklan

Pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Hakim Mohd Zul Zakiqudin Zulkifli.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa merogol seorang remaja perempuan berusia 15 tahun lapan bulan di sebuah bilik di Kampung Pasir Tumboh di sini pada jam 8 pagi hingga 12 tengah hari, 27 Mei lalu.

Iklan

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Faizuan Sulaiman manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Iklan

Mohd Faizuan memohon agar mahkamah tidak menetapkan sebarang jaminan, namun tertuduh merayu dibenarkan jaminan yang rendah kerana sudah membuat pengakuan salah terhadap pertuduhan berkenaan.

Mahkamah kemudian menetapkan jaminan sebanyak RM15,000 dengan seorang penjamin termasuk syarat tambahan iaitu perlu melapor diri di balai polis terdekat setiap bulan selain tidak mengganggu mangsa dan saksi pendakwaan.

Tertuduh bagaimanapun tidak membayar jumlah ikat jamin itu.