Polis ambil keterangan peserta Unduk Ngadau dakwa dicabul

Iklan
Laporan polis yang tular di media sosial sejak Selasa.

KOTA KINABALU - Polis akan memanggil seorang peserta Unduk Ngadau untuk diambil keterangan bagi membantu siasatan berkaitan laporan polis yang dibuatnya yang mendakwa dia dicabul oleh salah seorang jawatankuasa penganjur pertandingan itu.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hazani Ghazali berkata, siasatan menyeluruh dan terperinci akan dibuat secara telus sebelum tindakan diambil.

Iklan
Iklan

"Siasatan yang dilakukan tidak akan mengambil kira latar belakang sesiapa saja termasuk individu yang didakwa.

"Tidak kiralah siapa pun, undang-undang tetap akan dikuatkuasakan," katanya kepada pemberita pada Rabu.

Iklan

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung satu laporan polis yang dipercayai dibuat oleh salah seorang peserta Unduk Ngadau sebelum tular di media sosial.

Hazani berkata, hasil siasatan berhubung perkara itu akan diserahkan kepada pejabat peguam negara untuk tindakan selanjutnya.

Iklan

Sebelum ini, tular di Facebook dan WhatsApp sejak Selasa berhubung satu laporan polis bertarikh 21 Mei lalu bahawa seorang Unduk Ngadau mendakwa diraba salah seorang jawatankuasa penganjur.