PUTRAJAYA - Penjaja kecil yang mendapat permit penjaja sama ada kekal atau sementara daripada pihak berkuasa tempatan (PBT) dibenar beroperasi berkuatkuasa serta-merta.
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dalam kenyataannya berkata, golongan itu tidak memerlukan kelulusan CIMS, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).