SINGAPURA - Vaksin Covid-19 Sinovac dari China boleh digunakan di Singapura menerusi kebenaran khas selepas Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) meluluskannya untuk penggunaan kecemasan, lapor CNA.
Memetik Kementerian Kesihatan republik itu, portal berita berkenaan melaporkan, kementerian akan mengeluarkan butiran lanjut mengenai perkara berkenaan dalam beberapa hari lagi bagi membolehkan institusi penjagaan swasta memohon lesen sebagai pembekal vaksin Sinovac-CoronaVac menggunakan kebenaran khas itu.