Pengadil Malaysia 'beraksi'

Iklan

KEWIBAWAAN dalam kalangan pegawai perlawanan Malaysia terus mendapat perhatian dunia apabila tiga pengadil kebangsaan dipilih Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) untuk 'beraksi' bagi kempen Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Dubai.

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berkata, pengadil kebangsaan, Zairul Khalil Tan akan bertugas bagi aksi Kumpulan A di Sharjah, UAE sebagai penolong pengadil manakala pengadil FIFA, Amirul Izwan Yaacob dan Mohamad Yusri mengendalikan saingan Kumpulan B, masing-masing sebagai pengadil dan penolong pengadil perlawanan.

Iklan
Iklan

Pusingan Kedua Kumpulan A terdiri daripada pasukan seperti China PR, Syria, Filipina, Maldives dan Guam bermula sejak 30 Mei lalu manakala Kumpulan B pula terdiri daripada pasukan seperti Australia, Jordan, Chinese Taipei, Kuwait dan Nepal dijadualkan bermula esok.

Dalam pada itu, FAM memaklumkan seorang lagi pegawai perlawanan Malaysia dipilih oleh Persatuan Bola Sepak Jepun (JFA) untuk mengendali tiga perlawanan anjurannya.

Iklan
Iklan

"Mohd Arif Shamil telah dilantik sebagai Penolong Pengadil bagi dua perlawanan Kirin Challenge Cup 2021 dan satu perlawanan persahabatan antarabangsa membabitkan pasukan Jepun menentang pasukan Jepun B-24 di Sapporo Dome, Hokkaido," kata FAM dalam kenyataan.