Panggilan Talian Kasih Kelantan meningkat 10 peratus sejak PKP 1.0

Iklan
Gambar kecil: Zaharin Bakri

KOTA BHARU – Panggilan telefon melibatkan Talian Kasih di Kelantan meningkat sebanyak 10 peratus semenjak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 1.0 tahun lalu.

Pengarah Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) Kelantan, Zaharin Bakri berkata, panggilan tersebut kebanyakannya dibuat oleh masyarakat yang mengalami masalah terutamanya mereka yang berdepan tekanan dari pelbagai aspek sepanjang penularan Covid-19.

Iklan
Iklan

"Kita menjangkakan peratusan panggilan ini akan meningkat terutamanya semasa Sekatan Pergerakan Penuh yang sedang kerajaan laksanakan ketika ini.

"Kebanyakan pemanggil adalah mereka yang berstatus ibu bapa, yang menggunakan inisiatif tersebut untuk mengadu masalah yang dialami mereka kesan daripada penularan pandemik Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Iklan

"Isu-isu yang sering mereka adukan ialah mengenai masalah rumahtangga dan tidak kurang juga pengurusan ibu bapa yang bekerja untuk berdepan pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) dan sebagainya,” katanya kepada Sinar Harian di sini pada Rabu.

Menurutnya, walaupun hanya melalui telefon, namun pihaknya sedaya upaya membantu kumpulan yang memerlukan itu bagi memastikan mereka dapat manfaat yang berguna selepas mengadukan masalah mereka kepada LPPKN.

Iklan

Malah katanya, jika pemanggil tersebut memerlukan bantuan agensi lain, pihaknya akan menjadi medium terbaik membantu memudahkan urusan terutamanya mereka yang memerlukan bantuan doktor dan pakar psikitari.

"Selain melalui usaha Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, kerajaan negeri Kelantan juga banyak membantu mempromosikan Talian Kasih kepada masyarakat sebagai platform untuk mereka meluahkan masalah secara peribadi.

"Kita juga telah melatih kaunselor-kaunselor terpilih bagi memastikan mereka mempunyai ilmu yang cukup terutamanya untuk berkomunikasi bagi berdepan dengan kumpulan tersebut terutamanya apabila berdepan kes yang pelbagai sejak penularan Covid-19 ini,” katanya.