Cuai urus kewangan punca terjebak

Iklan
Gambar kecil: Muhammad Siddiqi

SHAH ALAM - Sikap kurang cermat menguruskan kewangan peribadi dan tekanan ekonomi merupakan antara punca masyarakat mudah terjebak dengan amalan rasuah.

Ketua Biro Pemuda Himpunan Lepasan Institusi Pendidikan Malaysia (Haluan), Muhammad Siddiqi Jamalludin berkata, masalah kesempitan wang kadangkala menjadikan individu tidak dapat berfikir dengan lebih mendalam.

Iklan
Iklan

"Situasi itu menyebabkan mereka mencari peluang untuk mendapatkan dana daripada sumber lain termasuk dengan mengambil rasuah.

"Kesedaran masyarakat juga masih berada pada tahap minimum akibat fahaman cetek mengenai rasuah,” katanya kepada Sinar Harian pada Isnin.

Iklan

Muhammad Siddiqi berpendapat segelintir masyarakat masih beranggapan rasuah hanya membabitkan wang semata-mata, manakala suapan berbentuk hadiah dianggap sebagai tanda penghargaan.

"Budaya rasuah umpama normalisasi baharu kepada sesetengah rakyat biarpun ia bertentangan dengan undang-undang, ajaran Islam dan prinsip asas moral.

Iklan

"Masyarakat seolah-olah telah terperangkap secara halus dan mula membenarkan kewujudannya,” tegas beliau.

Muhammad Siddiqi turut menekankan kepentingan pembinaan jati diri individu dalam usaha mengawal rasuah daripada terus berleluasa.

"Pengukuhan prinsip ini akan menguatkan benteng pertahanan kita terhadap desakan hawa nafsu.

"Manusia boleh menipu orang lain, tetapi orang beriman pasti tidak akan sanggup menipu ALLAH SWT,” ujarnya.