Biar ini total lockdown terakhir

Iklan
Situasi di sekitar kawasan penerimaan suntikan vaksin Covid-19 di PPV Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) Kuala Lumpur.

TSHAH ALAM - Rakyat menggesa kerajaan menyegerakan pemberian vaksin Covid-19 sekali gus menjadikan Sekatan Pergerakan Penuh atau total lockdown kali ini adalah yang terakhir di negara ini.

Seorang guru sekolah rendah, Farihan Mohd Nordin, 36, berkata, pemberian vaksin memainkan peranan penting dalam menyekat penularan wabak Covid-19 yang semakin tidak terkawal.

Iklan
Iklan

Menurutnya, masyarakat sudah mula resah dengan peningkatan tersebut meskipun negara telah mempelbagaikan usaha termasuk memperketat penguatkuasaan prosedur operasi standard (SOP).

"Bagi saya, kita sudah terlalu lama hidup dalam PKP. Masyarakat sudah mula rimas dan marah.

Iklan

"Banyak SOP telah diperkenalkan tetapi angka jangkitan Covid-19 masih tinggi. Saya harap biarlah ‘total lockdown’ ini adalah yang terakhir dan boleh turunkan angka jangkitan Covid-19 di negara ini,” katanya kepada Sinar Harian pada Rabu.

Dalam pada itu, seorang pekerja swasta, Herizal Amriz Hismat Alang, 27, berkata, kelewatan pemberian vaksin memberi kesan kepada negara terutamanya sektor ekonomi.

Iklan

"Kita akan berada dalam PKP lebih lama. Bila PKP dilanjutkan lebih lama, maka sektor ekonomi lagi banyak terjejas,” ujarnya.

Bagi pekerja swasta, Rosni Osman, 56, vaksinasi boleh dipercepatkan kerana kebanyakan masyarakat telah mempunyai keyakinan terhadap keberkesanan vaksin dalam mengelak jangkitan wabak berkenaan.

"Sekarang rakyat tertunggu-tunggu untuk divaksin malah ada yang sanggup mencuba nasib di pusat-pusat vaksin walaupun nama mereka tiada dalam senarai pada hari itu,” jelasnya.

Seorang lagi pekerja swasta, Intan Nor Sazwani Che Ahmad, 26, berkata, masyarakat perlu mendapat suntikan vaksin secepat mungkin bagi mencapai tahap imuniti kelompok dengan segera.

"Bila majoriti masyarakat sudah diberi vaksin, kita dapat melindungi diri sendiri dan juga mereka yang tidak boleh terima vaksin seperti kanak-kanak,” ujarnya.

Menurut kakitangan Universiti Kebangsaan Malaysia, Muhammad Irham Md Noor, 27, kemunculan varian baharu Covid-19 antara faktor penting masyarakat perlu diberikan perlindungan vaksin secepat mungkin.

"Saya amat setuju kerajaan mempercepatkan pemberian vaksin kerana kita sebagai rakyat Malaysia berhak untuk mendapatkan perlindungan kesihatan dengan segera daripada pihak kerajaan.

"Apatah lagi semakin hari keadaan pandemik di negara kita semakin membimbangkan,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Beri vaksin secara bergerak ke kawasan pedalaman