STATUS pemain berprofil tinggi Manchester City, Kevin De Bruyne bersama Belgium pada saingan Euro 2020 masih samar ketika tonggak tengah berusia 29 tahun itu bergelut untuk kembali pulih dari kecederaan.
Jurulatih Belgium, Roberto Martinez berkata, bekas pemain VfL Wolfsburg tersebut mengalami kecederaan ketika mengalas cabaran Manchester City menentang Chelsea perlawanan akhir Liga Juara-Juara minggu lalu.
Iklan
Iklan
"Saya boleh mengatakan kita hanya akan mengetahui status De Bruyne bersama Belgium pada saingan Euro pada minggu depan. Sekarang, biarkan dia berehat dan menjalani proses pemulihan.
"Dia mungkin bersedia untuk saingan Euro tetapi bila? Itu kita tidak boleh tentukan buat masa ini. Sejujurnya masih terlalu awal untuk untuk memberikan jawapan kerana perlu mendapat lampu hijau pasukan perubatan," katanya.
Pemain yang melakukan 177 penampilan dan meledak 42 gol bersama The Citizens sebelum ini dijadualkan menyertai kem Belgium sehari sebelum aksi pembukaan Kumpulan B menentang Rusia pada 13 Jun depan.
Namun kelibat De Bruyne bersama Belgium seakan samar selepas bertembung dengan pemain Chelsea, Antonio Rudiger pada perlawanan akhir Liga Juara-Juara di Estadio Do Dragao, Porto Portugal.
Artikel Berkaitan